Merancang Risiko Kewangan Anda: Persediaan Awal Untuk Kelegaan Kewangan Keluarga Anda.
Di Pulau Pinang, umum mengetahui perancangan risiko adalah perkara yang sangat penting didalam kehidupan seharian. Kerana tanpa perancangan yang rapi, anda bakal mendedahkan keluarga dengan masalah dan komplikasi kewangan akibat dari musibah yang menimpa kepada anda.
Musibah tersebut ialah :-
- Kematian
- Hilang Upaya Kekal
- Penyakit Kritikal
Ketiga-tiga musibah di atas sekiranya berlaku boleh mengakibatkan anda hilang punca pendapatan kerana anda tidak mampu lagi untuk bekerja seperti biasa. Dengan perancangan risiko yang rapi, anda mampu memberikan kelegaan kewangan kepada keluarga anda dan mampu meneruskan kehidupan anda tanpa berdepan dengan bebanan kewangan kesan dari kehilangan punca pendapatan anda.
Takaful adalah jalan terbaik untuk anda merancang risiko kewangan anda!!!!
Pengertian Takaful
Takaful berasal dari perkataan “Kafala” yang bermaksud saling jamin menjamin diantara satu sama lain. Hal ini sangat digalakkan didalam Islam apabila Allah berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya”.
Maksud saling jamin menjamin diantara satu sama lain ialah saling tolong menolong diantara satu sama lain terutama didalam hal yang berkaitan musibah atau kecelakaan yang menimpa sesama manusia.
Kontrak Di dalam Takaful Di Pulau Pinang
Kontrak di dalam Takaful merupakan persetujuan bersama diantara peserta atau pemegang sijil Takaful untuk sama-sama berkongsi risiko kehilangan pendapatan yang berpunca dari kematian, hilang upaya kekal dan penyakit kritikal.
Umum mengetahui, Ketiga-tiga faktor tersebut sekiranya berlaku boleh mengakibatkan seseorang terutamanya ketua keluarga hilang sumber pendapatan sekaligus meletakkan keluarga mereka di dalam risiko beban hutang kerana terpaksa menanggung kos perubatan atau kos sara hidup yang sebelum ini merupakan tanggungjawab ketua keluarga.
Takaful memainkan peranan yang sangat penting seandainya keadaan ini berlaku kepada peserta Takaful. Ini kerana peserta Takaful dapat memindahkan risiko kehilangan pendapatan sepenuhnya dalam bentuk hibah Takaful. Hibah tersebut dapat digunakan sebagai gantian pendapatan secara tidak langsung memberi kelegaan kewangan kepada ahli keluarga peserta Takaful.
Kontrak Didalam Takaful Juga Bebas Dari :
Gharar @ Syubhah :
Kontrak didalam Takaful sewajibnya jelas kepada kedua-dua belah pihak iaitu Peserta Takaful dan Pengendali Takaful. Ini selari dengan kehendak Syara’ yang sentiasa menuntut agar didalam setiap urusan yang dilakukan mesti disertai dengan persetujuan dari kedua belah pihak. Tidak seperti Insurans yang banyak mempunyai terma-terma yang tidak jelas dan meragukan.
Maisir @ Judi :
Elemen ini tidak wujud didalam setiap pelaburan yang dilakukan oleh Pengendali Takaful sebagaimana yang dituntut Syara’. Panel Syariah yang dilantik akan sentiasa memantau setiap pelaburan Pengendali Takaful agar hasil dari pelaburan tersebut bebas dari elemen perjudian. Umum mengetahui pelaburan di dalam sektor yang terlibat dengan perjudian akan menyebabkan perolehan dari pelaburan tersebut tidak suci sebagaimana yang dituntut di dalam Agama Islam.
Riba’ :
Pengendali Takaful tidak akan mengambil sebarang keuntungan diatas pengeluaran wang simpanan yang dilakukan oleh peserta Takaful. Ini kerana tidak ada istilah pinjaman diatas pengeluaran yang dilakukan. Pemohon berhak sepenuhnya di atas simpanan pemohon. Caruman yang dilakukan adalah berbentuk simpanan. Maka tidak wajar sekiranya dikenakan caj-caj @ bunga yang tidak sepatutnya kepada peserta.
Plan Takaful Keluarga Boleh Berfungsi Sebagai :-
Simpanan Pendidikan Takaful
Anda juga boleh menabung dengan takaful dan tabungan tersebut dijadikan sebagai tabung simpanan pendidikan anak anda. Perlindungan yang disediakan di dalam simpanan pendidikan takaful dapat memberi kelegaan kewangan kepada anda sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini kepada anda dan anak anda. Dana kecemasan yang terkumpul di dalam simpanan takaful pendidikan dapat digunakan untuk merancang hala tuju pendidikan dan masa depan anak-anak anda.
Takaful Sebagai Simpanan Persaraan
Simpanan Takaful juga boleh dijadikan sebagai Tabungan Persediaan Persaraan Takaful dengan pulangan keuntungan dari pelaburan yang dilakukan oleh Pengendali Takaful. Peserta Takaful akan dapat menikmati pulangan dari pelaburan tersebut di Pulau Pinang. Pada masa yang sama tabungan persaraan takaful tersebut dilindungi dengan perlindungan gantian pendapatan yang dapat dimanfaatkan oleh Peserta Takaful bersama keluarga sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini.
Perlindungan Takaful Untuk Kenderaan
Selain dari perlindungan gantian pendapatan untuk keluarga, Takaful juga menyediakan perlindungan untuk kenderaan anda. Kini anda tidak perlu risau sekiranya berlaku musibah kemalangan atau kecurian kenderaan anda di Pulau Pinang. Perlindungan Takaful Kenderaan akan dapat membantu anda mengharungi saat-saat cemas ketika anda berhadapan dengan dua situasi diatas terutamanya ketika berlaku musibah kemalangan pada kenderaan anda. Segala kos baik-pulih kenderaan anda akan ditanggung oleh Takaful.
Takaful Untuk Perubatan Dan Rawatan
Takaful untuk Perubatan dan Rawatan Hospital adalah perlindungan yang disediakan oleh pengendali takaful Pulau Pinang melalui produk kad perubatan takaful. Ia bertujuan untuk memberi kelegaan kewangan kepada anda sekeluarga ketika berhadapan dengan musibah penyakit kritikal. Umum mengetahui dana yang amat besar diperlukan untuk menampung kos rawatan penyakit kritikal. Kad Perubatan Takaful adalah perlindungan yang diperlukan untuk kelegaan kewangan anda sekeluarga.
Sudahkah Anda Merancang Kewangan Anda?
Hubungi kami segera untuk konsultasi percuma berkaitan produk dan plan hibah Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga. Perunding Takaful Keluarga kami akan bantu anda untuk merancang perlindungan untuk kewangan anda. Perancangan awal anda mampu memberi kelegaan kewangan kepada keluarga anda. Kami bantu anda…!!!!
Sebutharga TakafulKami terima permohonan Sebutharga Takaful Keluarga, Takaful Perubatan dan Takaful kenderaan di Pulau Pinang dari daerah berikut:
Air Itam • Alma • Bagan Ajam • Bagan Dalam • Bagan Jermal • Bagan Luar • Balik Pulau • Batu Ferringhi • Batu Kawan • Batu Maung • Batu Uban • Bayan Lepas • Bukit Gelugor • Bukit Jambul • Bukit Mertajam • Bukit Tambun Bukit Tengah • Bukit Minyak • Butterworth • Ceruk Tok Kun • Gelugor • Jawi • Jelutong • Juru • Mak Mandin Machang Bubok • Kepala Batas • Nibong Tebal • Pantai Acheh • Paya Terubong • Penaga • Penanti • Permatang Pauh Perai • Pinang Tunggal • Relau • Seberang Jaya • Simpang Ampat • Sungai Ara • Sungai Bakap • Sungai Dua • Sungai Jawi • Sungai Nibong • Tanjung Bungah • Tanjung Tokong • Tasek Gelugor • Teluk Air Tawar • Teluk Bahang • Teluk Kumbar • Valdor • Bandar Baru Air Itam • Bandar Cassia • Batu Lanchang • Bayan Baru • Green Lane • Minden Heights • Mount Erskine • Seri Tanjung Pinang • Taman Tun Sardon • Gertak Sanggul • Kampung Buah Pala Kampung Seronok • Mengkuang Titi • Permatang Damar Laut • Permatang Pasir • Permatang Manggis • Permatang Sintok • Permatang Tinggi • Permatang Bertam dan seluruh Pulau Pinang.