takaful ikhlas

Ikhlaslink Secure Takaful

Melabur sambil memperoleh perlindungan.
Sebuah pelan ideal yang merangkumi elemen
pelaburan dan perlindungan Takaful Ikhlas
untuk anda sekeluarga.

Maklumat Berkaitan Produk

Ia adalah Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan (ILP) di mana Sumbangan Takaful adalah berkala yang menawarkan perlindungan sekiranya berlaku Kematian atau Keilatan Kekal dan menyeluruh (TPD) ke atas Orang Yang Dilindungi. Peserta Takaful mempunyai pilihan untuk melabur di dalam tiga (3) jenis dana iaitu Dana Growth, Dana Balanced dan Dana Fixed Income.

Tiada Sumbangan Takaful tambahan yang diperlukan sekiranya Peserta Takaful memilih untuk menyertakan sebarang rider-rider pilihan ke atas Sijil Takaful asas. Hal ini kerana, caj risiko daripada rider-rider tersebut akan ditolak daripada nilai unit daripada Sijil Takaful asas. Peserta Takaful boleh memilih untuk menyertakan rider-rider pilihan tersebut pada masa Sumbangan Takaful yang berikutnya perlu dibayar.

Konsep Syariah yang diguna pakai ialah :

1- Tabarru’ – bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta-peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks pihak Syarikat, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

2- Wakalah – merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks pihak Syarikat, kami dilantik sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan Perniagaan Takaful dan yuran Wakalah (Ujrah) akan dibayar kepada pihak Syarikat.

“Takaful berasal dari perkataan “Kafala” yang bermaksud saling jamin menjamin diantara satu sama lain.”

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. ” (Al-Maidah: 2)

Manfaat Yang Ditawarkan Produk Ikhlaslink Secure Takaful

  • Kematian atau Keilatan kekal dan Menyeluruh (TPD) Semulajadi.
  • Kematian atau TPD Akibat Kemalangan.
  • Dana yang Dipilih :
         Dana Growth : 0.0%
         Dana Balanced : 0.0%
         Dana Fixed Income : 100.0%
  • Manfaat Matang :
    Nilai Aset Bersih (NAV) yang terdapat di dalam dana-dana unit dan lebihan terkumpul daripada Dana Risiko akan dibayar kepada Peserta Takaful apabila Sijil Takaful telah matang.
  • Manfaat Penyerahan :
    NAV yang terdapat di dalam dana-dana unit dan lebihan terkumpul daripada Dana Risiko (setelah ditolak yuran penyerahan sehingga RM 50), akan dibayar kepada Peserta Takaful apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful.
  • Manfaat Jaminan yang Dikuatkuasakan :
    Sijil Takaful akan tetap berkuat kuasa berterusan selama tiga (3) tahun pertama walau pun caj Tabarru’ tidak mencukupi disebabkan oleh prestasi pasaran. Walau bagaimanapun, ciri ini hanya boleh diguna pakai tertakluk kepada pembayaran Sumbangan Takaful yang berterusan dan kekurangan tersebut hanyalah disebabkan oleh harga pasaran, di mana ianya adalah di luar kawalan Peserta Takaful
  • Pilihan Tambah Nilai :
    Penambahan nilai Sumbangan Takaful adalah dibenarkan dari tarikh mula Sijil Takaful berkuat kuasa tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
         Jumlah minimum : RM500
         Jumlah maksimum : Tiada had jumlah maksimum
    Jumlah Sumbangan Takaful yang ditambah nilai akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan tambahan tanpa berlaku kenaikan terhadap Amaun Perlindungan.
  • Pengeluaran Tunai Separa :
         Jumlah minimum : RM1,000
         Jumlah maksimum : Tiada had jumlah maksimum
    Pengeluaran tunai separa adalah tertakluk kepada jumlah agregat baki minimum RM3,000 di dalam semua
    dana-dana.
maksud takaful

Manfaat Tambahan Yang Boleh Dilampirkan

Berikut adalah manfaat yang boleh dilampirkan bersama-sama dengan produk Ikhlas Savings Takaful Prime.

  • IKHLAS Term Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Accidental Death & Disability Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Critical Illness Secure Takaful Rider 
  • IKHLAS Hospital Benefit Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Waiver of Contribution Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Payor Savings Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Regular Top Up Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Immediate Death Expense Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Family Income Benefit Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Medical Secure Takaful Rider

Sudahkah Anda Merancang Kewangan Anda?

Hubungi kami segera untuk konsultasi percuma berkaitan produk dan plan hibah Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga. Perancangan awal anda mampu memberi kelegaan kewangan kepada keluarga anda. Kami bantu anda…!!!!