takaful ikhlas

Ikhlas Wanita Elegance Takaful

Khusus untuk Wanita dalam menghadapi ketidaktentuan kehidupan. Disertakan bersama manfaat-manfaat Spesifik Kanser Wanita, lain-lain Penyakit Wanita bersama manfaat kehamilan.

Maklumat Berkaitan Produk

Pelan ini direka khas untuk memberi perlindungan ke atas Orang Yang Dilindungi terhadap kematian, keilatan kekal dan menyeluruh, kanser khusus bagi wanita, dan pelbagai penyakit berkaitan wanita sehingga Sijil Takaful matang. 

Terdapat 2 jenis pelan di bawah IKHLAS Wanita Elegance Takaful :-

  • IKHLAS Wanita Elegance Takaful dengan Manfaat Kehamilan
  • IKHLAS Wanita Elegance Takaful tanpa Manfaat Kehamilan

Konsep Syariah yang diguna pakai ialah :

1- Tabarru’ – bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta-peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks pihak Syarikat, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

2- Wakalah – merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks pihak Syarikat, kami dilantik sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan Perniagaan Takaful dan yuran Wakalah (Ujrah) akan dibayar kepada pihak Syarikat.

Manfaat Yang Ditawarkan Produk Ikhlas Wanita Elegance Takaful

Pelan ini dengan Had Seumur Hidup permulaan sebanyak RM200,000 memberikan perlindungan terhadap:

  • Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) Semulajadi.
  • Manfaat-manfaat Spesifik Kanser Wanita
  • Lain-lain Manfaat Penyakit-penyakit Wanita
    – Eritematosus Lupus Sistemik (SLE) bersama Lupus Nefritis 4
    – Artritis Reumatoid dengan Komplikasi 4
  • Lain-lain Manfaat Penyakit-penyakit Wanita
    – Pembedahan Rekonstruktif Muka akibat Kemalangan
    – Pemindahan Kulit akibat Luka Terbakar
    – Pemindahan Kulit akibat Kanser Kulit 4
    – Pembedahan Rekonstruktif Payu Dara akibat Kemalangan
  • Lain-lain Manfaat Penyakit-penyakit Wanita
    – Karsinoma-In-Situ (Payu Dara atau Serviks Uteri) 4
    – Kehilangan Organ Reproduktif akibat kemalangan
    – Fraktur Osteoporotik – Pinggul atau Vertebra 4
  • Manfaat Kehamilan
  • Manfaat Cara Hidup
manfaat kehamilan takaful ikhlas

Manfaat Lain Yang Disertakan Bersama Ikhlas Wanita Elegance Takaful

  • Kematian atau TPD Akibat Kemalangan.
  • Kematian atau TPD akibat Kemalangan ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau menjadi mangsa salah laku jenayah.
  • Manfaat Matang Sijil Takaful :
    Jumlah terkumpul dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) / Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA), termasuk pendapatan pelaburan dari PIA / PRIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, setelah ditolak Tuan Pentadbiran sehingga RM 50, akan dibayar kepada Peserta Takaful apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful.
  • Manfaat Serahan Sijil Takaful :
    Jumlah terkumpul dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) / Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA), termasuk pendapatan pelaburan dari PIA / PRIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, setelah ditolak Tuan Pentadbiran sehingga RM 50, akan dibayar kepada Peserta Takaful apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful.
  • Pilihan Tambah Nilai :
    Penambahan Sumbangan Takaful adalah dibenarkan daripada Sijil Takaful bermula. Jumlah penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM 50 setiap penambahan. Kesemua jumlah penambahan akan diperuntukkan kedalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).
  • Pengeluaran Tunai :
    Pengeluaran sebahagian tunai daripada baki di dalam PIA adalah dibenarkan apabila Sijil Takaful mencapai tempoh minima sekurang-kurangnya lima (5) tahun. Bagi setiap Sijil Takaful, hanya lima (5) kali pengeluaran dibenarkan sepanjang tempoh Sijil Takaful di mana tempoh minima antara setiap pengeluaran adalah selang dua (2) tahun. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah maksima 30% daripada PIA untuk setiap pengeluaran. Setiap pengeluaran akan dikenakan Yuran Pengurusan sehingga RM50 untuk setiap pengeluaran.
pengertian takaful

Manfaat Tambahan Yang Boleh Dilampirkan

Berikut adalah manfaat yang boleh dilampirkan bersama-sama dengan produk Ikhlas Savings Takaful Prime.

  • IKHLAS Term Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Accidental Death & Disability Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Critical Illness Secure Takaful Rider 
  • IKHLAS Hospital Benefit Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Waiver of Contribution Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Payor Savings Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Regular Top Up Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Immediate Death Expense Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Family Income Benefit Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Medical Secure Takaful Rider

Sudahkah Anda Merancang Kewangan Anda?

Hubungi kami segera untuk konsultasi percuma berkaitan produk dan plan hibah Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga. Perancangan awal anda mampu memberi kelegaan kewangan kepada keluarga anda. Kami bantu anda…!!!!