Takaful Ikhlas - Pengendali Takaful Terbaik di Malaysia

Takaful Ikhlas Family Berhad  Merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad. Mula megukir nama didalam industri Takaful pada tarikh 18 September 2002 dengan nama Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Kemudian pada tarikh 5 Mei 2014 , Takaful ikhlas telah ditukar statusnya kepada Berhad. Terlibat sepenuhnya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam yang berlandaskan prinsip dan hukum Syariah.

Selari dengan keperluan perundangan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), sekali lagi Takaful Ikhlas telah mengumumkan penukaran lesen takaful kompositnya kepada dua entiti untuk menguruskan perniagaan takaful keluarga dan am secara berasingan iaitu Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad. Kini Takaful Ikhlas mempunyai 13 pejabat cawangan, hampir 2 juta pemegang sijil berdaftar dan juga lebih 5000 orang Perunding Takaful di seluruh Malaysia.

takaful patuh syariah

“Takaful berasal dari perkataan “Kafala” yang bermaksud saling jamin menjamin  dan tolong menolong diantara satu sama lain.”

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. ” (Al-Maidah: 2)

Pelanggan Adalah Keutamaan Kami

Di Takaful IKHLAS, pelanggan diberi keutamaan dalam setiap aspek perkara yang dilakukan. Ini bertujuan untuk menjadikan Takaful Ikhlas sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan islam pilihan utama di Malaysia pada masa kini. Nilai teras ( IQRA ) yang diterapkan di Takaful Ikhlas adalah nilai yang merangkumi seluruh organisasi kami. Nilai teras inilah yang menjadi prinsip pegangan kami dalam memberi perkhidmatan yang telus dan berkualiti tinggi kepada pelanggan kami.

Visi dan Misi Takaful Ikhlas telah dikaji dan dipertimbangkan dengan teliti. Seluruh organisasi kami telah diterapkan dengan budaya dan tingkah laku yang selari dengan Misi dan Visi Kami.  Segala proses tadbir urus Syariah diberi keutamaan yang paling penting didalam organisasi kami. Sepasukan ahli profesional yang berkelayakan telah dilantik bagi memastikan bimbingan dan nasihat yang diterima daripada jawatankuasa Syariah dilaksanakan dengan telus dan jelas tujuannya.

Produk Berinovatif & Perkhidmatan Berkualiti

Takaful Ikhlas bertekad untuk menyediakan perlindungan Takaful Keluarga secara komprehensif. Penekanan utama diberikan terhadap inovasi produk yang menawarkan ciri-ciri kelainan dan melalui perunding takaful keluarga yang amanah, cekap dan terlatih bagi memastikan penerimaan didalam pasaran secara keseluruhan.

Produk perlindungan Keluarga Takaful Ikhlas memberi tumpuan kepada simpanan atau pelan berkaitan dengan pelaburan serta pelan perlindungan gadai janji. Dalam tempoh jangka panjang, kami akan terus memperluaskan rangkaian produk kami bagi memenuhi keperluan dan keinginan para pelanggan yang sentiasa berubah.

Pelan-pelan ini diunderait bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pelanggan dari golongan berpendapatan sederhana hinggalah golongan berpendapatan rendah yang meliputi pasaran luar bandar, sebagai memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami.

Dalam pada itu, perkhidmatan kami disokong oleh teknologi canggih yang direka khas dan melalui perunding takaful keluarga yang terlatih bagi memastikan maklumat yang tepat dan menepati masa. Ini akan membantu mempertingkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme kami semasa berurusan dengan para pelanggan, di samping memberi nilai tambah dalam perkhidmatan kepada semua pihak yang berkepentingan.

Produk Pilihan Utama di Takaful Ikhlas