takaful ikhlas

Ikhlas Savings Prime Takaful

Menabung sambil memperolehi perlindungan.
Sebuah pelan ideal yang merangkumi
elemen simpanan dan perlindungan Takaful.

Maklumat Berkaitan Produk

Ini adalah pelan unggul yang menyediakan dana simpanan dan turut menawarkan perlindungan Takaful. Pelan ini memberi perlindungan ke atas Orang Yang Dilindungi terhadap kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh sehingga Sijil Takaful matang.

Konsep Syariah yang diguna pakai ialah :

1- Tabarru’ – bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta-peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks pihak Syarikat, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

2- Wakalah – merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks pihak Syarikat, kami dilantik sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan Perniagaan Takaful dan yuran Wakalah (Ujrah) akan dibayar kepada pihak Syarikat.

ikhlas saving prime takaful

Manfaat Yang Ditawarkan Produk Ikhlas Savings Takaful Prime

Pelan ini memberikan perlindungan terhadap:-

  1. Kematian atau Keilatan kekal dan Menyeluruh (TPD) Semulajadi.
  2. Kematian atau TPD Akibat Kemalangan.
  3. Kematian atau TPD akibat Kemalangan ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau menjadi mangsa salah laku jenayah.
  4. Manfaat Matang Sijil Takaful :
    Jumlah terkumpul dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) / Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA), termasuk pendapatan pelaburan dari PIA / PRIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, setelah ditolak Tuan Pentadbiran sehingga RM 50, akan dibayar kepada Peserta Takaful apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful.
  5. Manfaat Serahan Sijil Takaful :
    Jumlah terkumpul dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) / Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA), termasuk pendapatan pelaburan dari PIA / PRIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, setelah ditolak Tuan Pentadbiran sehingga RM 50, akan dibayar kepada Peserta Takaful apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful.
  6. Pilihan Tambah Nilai :
    Penambahan Sumbangan Takaful adalah dibenarkan daripada Sijil Takaful bermula. Jumlah penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM 50 setiap penambahan. Kesemua jumlah penambahan akan diperuntukkan kedalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).
  7. Pengeluaran Tunai :
    Pengeluaran sebahagian tunai daripada baki di dalam PIA adalah dibenarkan apabila Sijil Takaful mencapai tempoh minima sekurang-kurangnya lima (5) tahun. Bagi setiap Sijil Takaful, hanya lima (5) kali pengeluaran dibenarkan sepanjang tempoh Sijil Takaful di mana tempoh minima antara setiap pengeluaran adalah selang dua (2) tahun. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah maksima 30% daripada PIA untuk setiap pengeluaran. Setiap pengeluaran akan dikenakan Yuran Pengurusan sehingga RM50 untuk setiap pengeluaran.
keratan peyakit kritikal

Manfaat Tambahan Yang Boleh Dilampirkan

Berikut adalah manfaat yang boleh dilampirkan bersama-sama dengan produk Ikhlas Savings Takaful Prime.

  • IKHLAS Term Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Accidental Death & Disability Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Critical Illness Secure Takaful Rider 
  • IKHLAS Hospital Benefit Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Waiver of Contribution Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Payor Savings Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Regular Top Up Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Immediate Death Expense Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Family Income Benefit Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider
  • IKHLAS Medical Secure Takaful Rider

Sudahkah Anda Merancang Kewangan Anda?

Hubungi kami segera untuk konsultasi percuma berkaitan produk dan plan hibah Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga. Perancangan awal anda mampu memberi kelegaan kewangan kepada keluarga anda. Kami bantu anda…!!!!