takaful ikhlas

Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful Plus

Maksimumkan pulangan pelaburan anda sambil menikmati perlindungan Takaful dari kami melalui pelan caruman tunggal  yang berkaitan pelaburan. Semuanya di Takaful Ikhlas..!!

Maklumat Berkaitan Produk

Sijil Pelaburan berkaitan Takaful (ILT) ini menawarkan kombinasi perlindungan takaful dan pelaburan. Produk ini menyediakan pembayaran manfaat sekaligus jika berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh (TPDA) keatas Orang Yang Dilindungi semasa dalam tempoh Sijil Takaful. Jumlah manfaat takaful sekaligus adalah bersamaan dengan jumlah tertinggi di antara Amaun Perlindungan atau nilai dana terkumpul di dalam semua unit – unit dana, ketika berlaku tuntutan.

Nilai ILT bergantung kepada harga unit asas, dan seterusnya bergantung kepada prestasi dana yang dipilih. Peserta Takaful boleh memilih untuk melabur dalam tiga (3) jenis dana, iaitu Dana Growth, Dana Balanced dan Dana Fixed Income. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Konsep Syariah yang diguna pakai ialah :

1- Tabarru’ – bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta-peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks pihak Syarikat, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

2- Wakalah – merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks pihak Syarikat, kami dilantik sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan Perniagaan Takaful dan yuran Wakalah (Ujrah) akan dibayar kepada pihak Syarikat.

ikhlas capital investment link takaful plus

“Di Takaful IKHLAS, pelanggan diberi keutamaan dalam setiap aspek perkara yang dilakukan. Ini bertujuan untuk menjadikan Takaful Ikhlas sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan islam pilihan utama di Malaysia pada masa kini.

Nilai teras ( IQRA ) yang diterapkan di Takaful Ikhlas adalah nilai yang merangkumi seluruh organisasi kami. Nilai teras inilah yang menjadi prinsip pegangan kami dalam memberi perkhidmatan yang telus dan berkualiti tinggi kepada pelanggan kami.”

Manfaat Yang Ditawarkan Produk Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful Plus

  • Manfaat Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh :
    Apabila berlakunya kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) ke atas Orang Yang Dilindungi, yang mana dahulu, dalam tempoh Sijil Takaful berkuatkuasa, jumlah tertinggi di antara berikut:
        (i) 125% daripada Sumbangan Takaful Tunggal; atau
        (ii) Nilai Aset Bersih di dalam semua Dana Unit.
    akan dibayar kepada Peserta Takaful (Jika Orang Yang Dilindungi mengalami TPD) atau, waris terdekat atau penama (untuk kes kematian).
  • Manfaat Matang Sijil Takaful :
    Jumlah terkumpul yang terdapat di dalam Dana Unit akan dibayar kepada Peserta Takaful apabila Sijil Takaful telah matang.
  • Manfaat Serahan Sijil Takaful :
    Jumlah terkumpul yang terdapat di dalam Dana Unit (setelah ditolak yuran pentadbiran), akan dibayar kepada Peserta Takaful apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful.
  • Riders yang boleh dilampirkan :
    Tiada Riders yang boleh dilampirkan bersama Pelan Takaful ini.
  • Pengeluaran Tunai :
    Jumlah minimum untuk pengeluaran tunai adalah RM500. Pengeluaran sebahagian tunai adalah tertakluk kepada jumlah agregat baki minimum RM5,000 di dalam semua unit dana. Setiap transaksi pengeluaran adalah tertakluk kepada yuran pengeluaran. Jumlah maksimum yuran pengeluaran adalah RM50. Yuran ini mungkin tertakluk kepada sebarang cukai, levi atau caj yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia pada kadar semasa kecuali dinyatakan sebaliknya.
  • Pilihan Sumbangan Takaful Tambahan :
    Sumbangan Takaful tambahan adalah dibenarkan dari tarikh mula Sijil Takaful tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
     Jumlah Minimum: RM500
     Jumlah Maksimum: 5 kali jumlah Sumbangan Takaful tunggal untuk setiap tahun.
     Sumbangan Takaful Tambahan akan digunakan untuk membeli unit – unit pelaburan tambahan.
  • Dana yang Dipilih :
    Dana Growth : 100.00%
    Dana Balanced : 0.00%
    Dana Fixed Income : 0.00%

Sudahkah Anda Merancang Kewangan Anda?

Hubungi kami segera untuk konsultasi percuma berkaitan produk dan plan hibah Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga. Perancangan awal anda mampu memberi kelegaan kewangan kepada keluarga anda. Kami bantu anda…!!!!