Merancang Risiko Kewangan Anda: Persediaan Awal Untuk Kelegaan Kewangan Keluarga Anda.

buntu tanggung kos rawatanDi Negeri Perlis, umum mengetahui perancangan risiko adalah perkara yang sangat penting didalam kehidupan seharian. Kerana tanpa perancangan yang rapi, anda bakal mendedahkan keluarga dengan masalah dan komplikasi kewangan akibat dari musibah yang menimpa kepada anda.

Musibah tersebut ialah :-

  • Kematian
  • Hilang Upaya Kekal
  • Penyakit Kritikal

Ketiga-tiga musibah diatas sekiranya berlaku boleh mengakibatkan anda hilang punca pendapatan kerana anda tidak mampu lagi untuk bekerja seperti biasa. Dengan perancangan risiko yang rapi, anda mampu memberikan kelegaan kewangan kepada keluarga anda dan mampu meneruskan kehidupan anda tanpa berdepan dengan bebanan kewangan kesan dari kehilangan punca pendapatan anda.

Takaful adalah jalan terbaik untuk anda merancang risiko kewangan anda!!!!

Pengertian Takaful 

pengertian takafulTakaful berasal dari perkataan “Kafala” yang bermaksud saling jamin menjamin diantara satu sama lain. Hal ini sangat digalakkan didalam Islam apabila Allah berfirman didalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud : 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya”.

Maksud saling jamin menjamin diantara satu sama lain ialah saling tolong menolong diantara satu sama lain terutama didalam hal yang berkaitan musibah atau kecelakaan yang menimpa sesama manusia.

Takaful Ikhlas Negeri Perlis

Kontrak Di dalam Takaful Di Negeri Perlis

keratan peyakit kritikalKontrak di dalam Takaful merupakan persetujuan bersama diantara peserta atau pemegang sijil Takaful untuk sama-sama berkongsi risiko kehilangan pendapatan yang berpunca dari kematian, hilang upaya kekal dan penyakit kritikal.

Umum mengetahui, Ketiga-tiga faktor tersebut sekiranya berlaku boleh mengakibatkan seseorang terutamanya ketua keluarga hilang sumber pendapatan sekaligus meletakkan keluarga mereka di dalam risiko beban hutang kerana terpaksa menanggung kos perubatan atau kos sara hidup yang sebelum ini merupakan tanggungjawab ketua keluarga.

Takaful memainkan peranan yang sangat penting seandainya keadaan ini berlaku kepada peserta Takaful. Ini kerana peserta Takaful dapat memindahkan risiko kehilangan pendapatan sepenuhnya dalam bentuk hibah Takaful. Hibah tersebut dapat digunakan sebagai gantian pendapatan secara tidak langsung memberi kelegaan kewangan kepada ahli keluarga peserta Takaful.

Kontrak Didalam Takaful Juga Bebas Dari :

Gharar @ Syubhah :

takaful bebas ghararKontrak didalam Takaful sewajibnya jelas kepada kedua-dua belah pihak iaitu Peserta Takaful dan Pengendali Takaful. Ini selari dengan kehendak Syara’ yang sentiasa menuntut agar didalam setiap urusan yang dilakukan mesti disertai dengan persetujuan dari kedua belah pihak. Tidak seperti Insurans yang banyak mempunyai terma-terma yang tidak jelas dan meragukan.

Maisir @ Judi :

takaful bebas judiElemen ini tidak wujud didalam setiap pelaburan yang dilakukan oleh Pengendali Takaful sebagaimana yang dituntut Syara’.  Panel Syariah yang dilantik akan sentiasa memantau setiap pelaburan Pengendali Takaful agar hasil dari pelaburan tersebut bebas dari elemen perjudian. Umum mengetahui pelaburan di dalam sektor yang terlibat dengan perjudian akan menyebabkan perolehan dari pelaburan tersebut tidak suci sebagaimana yang dituntut di dalam Agama Islam.

Riba’ :

takaful tiada ribaPengendali Takaful tidak akan mengambil sebarang keuntungan diatas pengeluaran wang simpanan yang dilakukan oleh peserta Takaful. Ini kerana tidak ada istilah pinjaman diatas pengeluaran yang dilakukan. Pemohon berhak sepenuhnya di atas simpanan pemohon. Caruman yang dilakukan adalah berbentuk simpanan. Maka tidak wajar sekiranya dikenakan caj-caj @ bunga yang tidak sepatutnya kepada peserta.

Plan Takaful Keluarga Boleh Berfungsi Sebagai :-
Simpanan Pendidikan Takaful

simpanan pendidikan takaful

Anda juga boleh menabung dengan takaful dan tabungan tersebut dijadikan sebagai tabung simpanan pendidikan anak anda. Perlindungan yang disediakan di dalam simpanan pendidikan takaful dapat memberi kelegaan kewangan kepada anda sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini kepada anda dan anak anda. Dana kecemasan yang terkumpul di dalam simpanan takaful pendidikan dapat digunakan untuk merancang hala tuju pendidikan dan masa depan anak-anak anda.

Takaful Sebagai Simpanan Persaraan

simpanan dan pelaburan di takaful ikhlas

Simpanan Takaful juga boleh dijadikan sebagai Tabungan Persediaan Persaraan Takaful dengan pulangan keuntungan dari pelaburan yang dilakukan oleh Pengendali Takaful. Peserta Takaful akan dapat menikmati pulangan dari pelaburan tersebut di Negeri Perlis. Pada masa yang sama tabungan persaraan takaful tersebut dilindungi dengan perlindungan gantian pendapatan yang dapat dimanfaatkan oleh Peserta Takaful bersama keluarga sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini.

 

Perlindungan Takaful Untuk Kenderaan

perlindungan takaful ikhlas untuk kenderaan

Selain dari perlindungan gantian pendapatan untuk keluarga, Takaful juga menyediakan perlindungan untuk kenderaan anda. Kini anda tidak perlu risau sekiranya berlaku musibah kemalangan atau kecurian kenderaan anda di Negeri Perlis. Perlindungan Takaful Kenderaan akan dapat membantu anda mengharungi saat-saat cemas ketika anda berhadapan dengan dua situasi diatas terutamanya ketika berlaku musibah kemalangan pada kenderaan anda. Segala kos baik-pulih kenderaan anda akan ditanggung oleh Takaful.

 

Takaful Untuk Perubatan Dan Rawatan

perlindungan takaful untuk perubatan dan rawatan

Takaful untuk Perubatan dan Rawatan Hospital adalah perlindungan yang disediakan oleh pengendali takaful Negeri Perlis melalui produk kad perubatan takaful.  Ia bertujuan untuk memberi kelegaan kewangan kepada anda sekeluarga ketika berhadapan dengan musibah penyakit kritikal. Umum mengetahui dana yang amat besar diperlukan untuk menampung kos rawatan penyakit kritikal. Kad Perubatan Takaful adalah perlindungan yang diperlukan untuk kelegaan kewangan anda sekeluarga.

 

Sudahkah Anda Merancang Kewangan Anda?

takaful patuh syariahHubungi kami segera untuk konsultasi percuma berkaitan produk dan plan hibah Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga. Perunding Takaful Keluarga kami akan bantu anda untuk merancang perlindungan untuk kewangan anda. Perancangan awal anda mampu memberi kelegaan kewangan kepada keluarga anda. Kami bantu anda…!!!!

Sebutharga Takaful

Kami terima permohonan  Sebutharga Takaful Keluargam Takaful Perubatan dan Takaful Kenderaan di Negeri Perlis dari kawasan berikut:
Abi • Arau • Beseri • Chuping • Jejawi • Kayang • Kechor • Kuala Perlis • Kurong Anai • Kurong Batang • Lubok Sireh * Ngulang • Oran • Padang Pauh • Paya • Pedang Siding • Sanglang • Sena • Seriab • Sungai Adam • Sungai Baru • Titi Tinggi • Utan Aji • Wang Bintong Arau • Beseri • Chuping • Kaki Bukit • Kangar (ibu negeri) • Kuala Perlis • Mata Ayer • Padang Besar • Sanglang • Simpang Empat • Wang Kelian dan seluruh negeri Perlis.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *