Takaful Ikhlas – Pengendali Takaful Keluarga Terbaik Untuk Negeri Perak.takaful ikhlas seluruh malaysia

Takaful Ikhlas Family Berhad  Merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad. Mula megukir nama didalam industri Takaful pada tarikh 18 September 2002 dengan nama Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Kemudian pada tarikh 5 Mei 2014 , Takaful ikhlas telah ditukar statusnya kepada Berhad. Terlibat sepenuhnya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam yang berlandaskan prinsip dan hukum Syariah.

Selari dengan keperluan perundangan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), sekali lagi Takaful Ikhlas telah mengumumkan penukaran lesen takaful kompositnya kepada dua entiti untuk menguruskan perniagaan takaful keluarga dan am secara berasingan iaitu Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad. Kini Takaful Ikhlas mempunyai 13 pejabat cawangan, hampir 2 juta pemegang sijil berdaftar dan juga lebih 5000 orang Perunding Takaful Keluarga di seluruh Malaysia terutamanya di Negeri Perak.

 

Pelanggan Adalah Keutamaan Kami Di Negeri Perak.

anda keutamaan kamiDi Takaful IKHLAS, pelanggan diberi keutamaan dalam setiap aspek perkara yang dilakukan. Ini bertujuan untuk menjadikan Takaful Ikhlas sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan islam pilihan utama di Negeri Perak pada masa kini. Nilai teras ( IQRA ) yang diterapkan kepada Perunding Takaful Ikhlas adalah nilai yang merangkumi seluruh organisasi kami. Nilai teras inilah yang menjadi prinsip pegangan kami dalam memberi perkhidmatan yang telus dan berkualiti tinggi kepada pelanggan melalui Ejen Takaful Ikhlas kami.

Visi dan Misi Takaful Ikhlas telah dikaji dan dipertimbangkan dengan teliti. Seluruh organisasi kami telah diterapkan dengan budaya dan tingkah laku yang selari dengan Misi dan Visi Kami.  Segala proses tadbir urus Syariah diberi keutamaan yang paling penting didalam organisasi kami. Sepasukan ahli profesional yang berkelayakan telah dilantik bagi memastikan bimbingan dan nasihat yang diterima daripada jawatankuasa Syariah dilaksanakan dengan telus dan jelas tujuannya.

 

Produk Berinovatif & Perkhidmatan Berkualiti.

Takaful Ikhlas bertekad untuk menyediakan perlindungan Takaful Keluarga secara komprehensif di Negeri Perak. Penekanan utama diberikan terhadap inovasi produk yang menawarkan ciri-ciri kelainan bagi memastikan penerimaan didalam pasaran secara keseluruhan.

Produk perlindungan Keluarga Takaful Ikhlas memberi tumpuan kepada simpanan atau pelan berkaitan dengan pelaburan serta pelan perlindungan gadai janji. Dalam tempoh jangka panjang, kami akan terus memperluaskan rangkaian produk kami bagi memenuhi keperluan dan keinginan para pelanggan yang sentiasa berubah terutamanya di Negeri Perak.

Pelan-pelan ini diunderait bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pelanggan dari golongan berpendapatan sederhana hinggalah golongan berpendapatan rendah yang meliputi pasaran luar bandar, sebagai memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami.

Dalam pada itu, perkhidmatan kami disokong oleh teknologi canggih yang direka bagi memastikan maklumat yang tepat dan menepati masa dan juga melalui Ejen Takaful Keluarga yang telah diberi latihan secara menyeluruh. Ini akan membantu mempertingkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme kami semasa berurusan dengan para pelanggan, di samping memberi nilai tambah dalam perkhidmatan kepada semua pihak yang berkepentingan.

Produk Pilihan Utama di Takaful Ikhlas Negeri Perak.

Takaful Berkaitan Simpanan.

ikhlas savings prime takafulIkhlas Savings Takaful Prime
Menabung sambil memperolehi perlindungan. Sebuah pelan ideal yang merangkumi elemen simpanan dan perlindungan Takaful.

Produk ini merupakan  pelan unggul yang menyediakan dana simpanan dan turut menawarkan perlindungan Takaful. Pelan ini memberi perlindungan ke atas Orang Yang Dilindungi terhadap kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh sehingga Sijil Takaful matang.

 

 

ikhlas wanita elegance takaful

Ikhlas Wanita Elegance Takaful
Khusus untuk Wanita dalam menghadapi ketidaktentuan kehidupan. Disertakan bersama manfaat-manfaat Spesifik Kanser Wanita, lain-lain Penyakit Wanita bersama manfaat kehamilan.

Pelan ini direka khas untuk memberi perlindungan ke atas Orang Yang Dilindungi terhadap kematian, keilatan kekal dan menyeluruh, kanser khusus bagi wanita, dan pelbagai penyakit berkaitan wanita sehingga Sijil Takaful matang. 

 

Takaful Berkaitan Pelaburan

ikhlas link secure takafulIkhlaslink Secure Takaful
Melabur sambil memperoleh perlindungan. Sebuah pelan ideal yang merangkumi elemen pelaburan dan perlindungan Takaful Ikhlas untuk anda sekeluarga.

Ia adalah Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan (ILP) di mana Sumbangan Takaful adalah berkala yang menawarkan perlindungan sekiranya berlaku Kematian atau Keilatan Kekal dan menyeluruh (TPD) ke atas Orang Yang Dilindungi. Peserta Takaful mempunyai pilihan untuk melabur di dalam tiga (3) jenis dana iaitu Dana Growth, Dana Balanced dan Dana Fixed Income.

 

ikhlas capital investment link takaful plusIkhlas Capital Investment-linked Takaful Plus
Maksimumkan pulangan pelaburan anda sambil menikmati perlindungan Takaful dari kami melalui pelan caruman tunggal  yang berkaitan pelaburan. Semuanya di Takaful Ikhlas.

Sijil Pelaburan berkaitan Takaful (ILT) ini menawarkan kombinasi perlindungan takaful dan pelaburan. Produk ini menyediakan pembayaran manfaat sekaligus jika berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) keatas Orang Yang Dilindungi semasa dalam tempoh Sijil Takaful. 

 

 

error: Content is protected !!